Wednesday 11 February 2015

LESTARI BUKIT MENGHIJAU

WATAK DAN PERWATAKAN
1.       PAK TUA
a.       Berusia dalam lingkungan 60-an.
Contoh : .... Pak Tua memang sudah tua, berumur dalam lingkungan 60-an.... (hal. 2)
b.      Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang tumbuh-tumbuhan.
Contoh : Pak Tua memberitahu Zahiran tentang kegunaan pokok bunga cempaka. (hal.5)
c.       Mempunyai pengetahuan tentang nama saintifik tumbuh-tumbuhan.
Contoh: Pak Tua menerangkan nama saintifik bagi pokok kelor kepada Lebai Jusoh.
“Emunggai, merunggai atau remunggai ialah nama lain pokok kacang kelor. Nama Saintifiknya, moringga oleifera.” (hal. 8)
d.      Mempunyai kemahiran membuat ubat tradisional.
Contoh : Pak Tua memberitahu Lebai Jusoh tentang cara membuat ubat luka.
Mudah sahaja. Tumbuk beberapa helai daun kacang kelor dengan sedikit minyak masak. Setelah lumat, sapukan pada luka. (hal. 9)
e.      Orang yang bertanggung jawab menamakan Bukit Bintangor.
Sebenarnya, bukit itu tidak bernama sehinggalah Pak Tua mencacakkan sebuah papan tanda di kaki bukit, BUKIT BINTANGOR. (hal. 20)
f.        Mempunyai daya ingatan yang kuat.
Contoh : Dia masih mengingati Zahiran yang telah membantunya menukar tayar jip Pak Tua yang pancit tempoh hari.
“Eh, bukankah kamu yang tolong pakcik hari tu?” Tanya Pak Tua..... (hal. 36)
g.       Seorang yang sayang akan haiwan.
Pak Tua memberitahu Zahiran supaya tidak menangkap burung atau haiwan lagi kerana haiwan juga inginkan kesejahteraan hidup.
“.......Tak usahlah tangkap atau bunuh haiwan lagi..... Kita perlukan kesejahteraan hidup,burung juga memerlukannya. (hal.40)






ZAHIRAN
a.   A.     Sedar akan kepentingan tumbuh-tumbuhan kepada manusia.
Zahiran mulai sedar betapa manusia mempunyai hubungan yang rapat dengan alam tumbuh-tumbuhan. Kesejahteraan hidup manusia tergugat sekiranya tumbuh-tumbuhan hijau dimusnahkan. (hal. 2)
b.   B.    Kurang pengetahuan tentang kegunaan tumbuh-tumbuhan.
Zahiran bertanya kepada Pak Tua tentang kegunaan pokok bunga cempaka
“Err....apakah kebaikan pokok ni, pakcik?” (hal. 5)
c.    C.    Tidak mudah percaya terhadap kata-kata orang lain tanpa bukti.
Walaupun Kadir dan Osman seperti percaya akan kata-kata Seleman bahawa Pak Tua ialah penjenayah, Zahiran tidak percaya selagi tiada bukti.
“Cuba kamu fikir, kalau betul-betul orang tua tu terlibat dengan kegiatan haram, sudah tentu dah lama dia diberkas polis.”  (hal. 26)
d.   D.    Seorang yang berani.
Zahiran mengajak Kadir dan Osman ke Bukit Bintangor walaupun rakan-rakannya agak keberatan.
“Kenapa takut? Takkkan orang tua tu nak bunuh kita!” jelas Zahiran.  (hal. 28)
e.   E.    Bercita-cita untuk menjadi seorang anggota polis.
“Saya pun minat jadi polis, tapi biarlah jadi pegawai!” tokok Zahiran.... (hal. 29)



LATAR
LATAR TEMPAT
a.   A.    Bukit Bintangor – tempat tinggal Pak Tua   (hal. 2)
b.    B.   Di hadapan rumah Zahiran – pada suatu pagi, sedang Zahiran menebang pokok bunga cempaka      putih di hadapan rumah, tiba-tiba sahaja orang tua itu menengkingnya. (hal. 4)
c.    C.    Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Rambai – Sekolah yang ingin diceriakan oleh Cikgu Idham. (hal. 10-11)
d.    D.   Kedai Pheng San – Kamal mendapati pelbagai jenis burung dijual di kedai tersebut – “Saya tengok di kedai Pheng San ada pelbagai jenis burung. Ada merbuk, tiung, tekukur....  (hal.17)
e.    E.   Rumah Hamzah – Pak Tua dan Zahiran menziarahi Hamzah yang demam.  (hal.74)
f.     F.    Kota Chicago – “....Kamariah terlibat dalam kemalangan waktu pulang daripada membeli-belah di Kota Chicago.”  (hal.103)
 
a.    A.   Di manakah berlakunya kemalangan yang menyebabkan kematian anak-anak Pak Tua?

LATAR MASA

a.   A.    Awal bulan – Setiap awal bulan, Pak Tua akan ke kedai runcit Pak Long Hamad untuk membeli barang-barang keperluan dapur.  (hal. 3)
b.     B.  Pagi - ......pada suatu pagi, sedang Zahiran menebang pokok bunga cempaka putih di hadapan rumah,tiba-tiba sahaja orang tua itu menengkingnya.  (hal. 4)
c.      C.  Cuti sekolah – Zahiran dan rakan-rakannya akan menangkap burung untuk menjayakan projek yang dirancang oleh Cikgu Idham.  (hal. 13)
d.    D.   Waktu maghrib – Anak muda berkumpul dan beramah mesra selepas berjemaah untuk solat maghrib di Masjid Kampung Alor Rambai.  ( hal. 15)
e.    E.   Tengah hari – Selepas makan tengah hari, Zahiran dihantar Pak Tua pulang dengan jipnya. (hal.57)
f.      F.   Petang – Hamzah, Osman, Kadir, Zahiran, Marzuki, dan Khuzairi bersiap-siap untuk bermain badminton di halaman rumah Zahiran. (hal.59)

LATAR MASYARAKAT

a.   A.     Masyarakat yang tidak prihatin terhadap masalah orang lain – Pernah jip buruk Pak Tua rosak di tepi jalan menghala ke kedai Pak Long Hamad. Tiada sesiapa yang mempedulikannya. Tiada sesiapa yang mahu membantunya.  (hal.3)
b.    B.   Masyarakat yang suka memandang rendah terhadap orang lain – Lebai jusoh dan orang kampung menganggap Pak Tua sudah nyanyuk.  (hal. 9)
c.     C.   Masyarakat yang ingin berbakti kepada sekolah – Semua murid bersorak. Gembira benar hati mereka dapat berbakti kepada sekolah.  (hal.12)
d.   D.    Masyarakat yang mengamalkan semangat bekerjasama – Kolam ikan digali oleh bekas pelajar. PIBG dan JKKK mengupah pekerja menyusun bata dan menampal simen.  (hal.12)
e.   E.    Masyarakat yang berpegang pada ajaran agama – Anak muda berkumpul dan beramah mesra selepas berjemaah untuk solat maghrib di Masjid Kampung Alor Rambai.  (hal. 15)

GAYA BAHASA)
a.  a.      Personafikasi
Nyanyian dan siulan burung-burung....(hal.53), lambaian daun kelapa yang dibuai angin...(hal.65)
b. b.      Sinkope
“......selit di sanggul....nak bagi wangi!”  (hal.5), Saya bukan tak nak percaya....(hal.25)
c.  c..     Inversi
“Itu saja yang kamu tahu?” (hal.5), Aku agak, mereka tu orang jahat,” (hal.18)
d.   d.    Simile
“....seperti penceramah Forum Perdana”. (hal.9), ......seceria kicauan burung. (hal11)
e.   e.    Hiperbola
“Kekesalan Pak Tua amat menghenyak seluruh hidup....” (hal.104)
f.    f.     Penggunaan diksi bahasa Arab
Assalamualaikum, waalaikummussalam....(hal.55)
g.    g.    Peribahasa Melayu
....buah mulut.....(hal.4). ada udang di sebalik batu. (hal.25)
h.  h.     Metafora
.....burung-burung terbang bebas....(hal.11), .....mukanya pucat kekuning-kuningan. (hal.75)
i.    i.      Istilah sains
.......stamen ke stigma, ovul, persenyawaan, sel (hal.42)



NILAI
a.       Mencintai alam sekitar
Pejabat sekolah menengah Alor Rambai menggunakan sepenuhnya kertas kitar semula.
.....pejabat sekolah telah menggunakan sepenuhnya kertas kitar semula. Kata Cikgu Idham, ini satu tugas yang murni untuk membantu Negara menjaga alam sekitar.  (hal.10)
b.      Keberanian
Zahiran mengajak Kadir dan Osman ke Bukit Bintangor walaupun rakan-rakannya agak keberatan.
“Kenapa takut? Takkkan orang tua tu nak bunuh kita!” jelas Zahiran.
c.       Bekerjasama
Bekas pelajar, PIBG, dan JKKK bekerjasama untuk menyiapkan kolam ikan di hadapan pejabat Sekolah Menengah Alor Rambai.
Kolam ikan digali oleh bekas pelajar, PIBG dan JKKK mengupah pekerja menyusun bata dan menampal simen. (hal.12)
d.      Keikhlasan
Pak Tua ikhlas menyatakan bahawa Bukit Bintangor boleh dilawati atau didatangi oleh sesiapa sahaja.
“Sebenarnya, Bukit Bintangor ni untuk semua orang.”  (hal.38)
e.      Patriotik
Cikgu Idham membantu negara untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
.....pejabat sekolah telah menggunakan sepenuhnya kertas kitar semula. Kata Cikgu Idham, ini satu tugas yang murni untuk membantu negara menjaga alam sekitar.  (hal.10)
f.        Kejujuran
Secara jujur, Zahiran memberitahu Pak Tua bahawa tujuan dia, Kadir, dan Osman ke Bukit Bintangor adalah untuk menangkap burung. Pengetua telah mengarahkan mereka menangkap burung untuk dimasukkan ke dalam sangkar di taman sekolah.
“Err....sebenarnya ...... sebenarnya saya dan kawan-kawan saya tadi nak tangkap burung, pakcik!” jelas Zahiran terus terang. (hal.37)






Sunday 1 February 2015

Gelap

Gelap ? Kenapa ? Kenapa ramai yang takut dengan gelap ? Adakah kerana HANTU ? Atau JEMBALANG ? Atau KESUNYIAN ? Saya juga tertanya tanya mengapa ?.

Buat apa nak takut gelap kan ? Sebab hantu ke ? Kenapa nak takut hantu kan ? Kita jangan takut dengan hantu. Kalau takut dengan ALLAH, okeyh jugak. Ni ? Takut dengan benda tahyul semua tu. Ish³. Berubahlah wahai manusia. Haa selamat malam.

KATA KATA SEMANGAT MEMBAKAR MELETOP RENTUNG HANGUS

  • Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
  • "Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya."
  • "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan."
  • "Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun."
  • "Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"
  • "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
  • "Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
  • "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."
  • "Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."
  • "Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi."
  • "Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh."
  • "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup."
  • "Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali."
  • bye

Saturday 31 January 2015

Tak ku sangka Tak ku duga

Malam,ku tidur tak lena.sebab selalu teringatkan dirimu.terimbas kembali,kenangan lalu. alangkah indahnya bersamamu.mengalir air mataku. menemani malam sepiku ku rindu saat bersamu. sukarnya untuk ku melepaskan mu.